Home Nasional Patuhi SOP ketika berkempen, elak kewujudan kluster baharu

Patuhi SOP ketika berkempen, elak kewujudan kluster baharu

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali Omicron Covid-19 variant VOC
Dr. Noor Azmi Ghazali

PUTRAJAYA – Semua pihak yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dinasihat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, langkah itu penting bagi memastikan tidak wujud kluster-kluster baharu.

“Ini satu sejarah sebab PRK kali ini diadakan dalam tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), ada SOP yang ketat yang telah diberikan.

“Kita jaga diri sendirilah, ini tanggungjawab bersama,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11 (1) di sini hari ini.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan jantung.

SPR menetapkan PRK DUN Chini diadakan pada 4 Julai dengan 20 Jun lalu sebagai hari penamaan, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, manakala calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065). – MalaysiaGazette