Home Sukan EPL: Klopp tak gemar beraksi di stadium berkecuali

EPL: Klopp tak gemar beraksi di stadium berkecuali

Jurgen Klopp.

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak berminat untuk beraksi di stadium berkecuali menentang Manchester City.

Malah dia sanggup beraksi di Stadium Etihad yang merupakan gelanggang tempatan skuad Pep Guardiola.

Pasukan Keselamatan Majlis Perbandaran Manchester City akan membuat keputusan mengenai aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool menentang Man City pada 2 Julai ini.

Polis meminta lima perlawanan EPL supaya diadakan di tempat neutral bagi menjamin aspek keselamatan.

“Saya lebih suka beraksi di Stadium Etihad di Manchester daripada stadium neutral. Lagipun saya tidak faham bagaimana ia akan dilaksanakan tetapi apa yang pasti ia tidak akan diadakan di Anfield.

“Ini bermakna kedua-dua pasukan perlu beraksi di stadium neutral di kawasan lain yang memerlukan kami mencari tempat penginapan.

Liverpool yang hanya memerlukan lima mata lagi untuk menjulang piala EPL buat kali pertama selepas 30 tahun dan akan menerima kunjungan Crystal Palace malam ini.

Manakala Manchester City akan bertandang ke Stamford Bridge untuk bertemu Chelsea malam esok.

Kemenangan secara konsisten oleh skuad Guardiola akan melambatkan impian Liverpool untuk menjulang piala.- MalaysiaGazette