Home Akhbar Cina Dr. Mahathir gagal hubungi GPS

Dr. Mahathir gagal hubungi GPS

Abang Johari Tun Openg

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak berjumpa malahan gagal menghubungi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk.

“Saya tidak berjumpa dengan beliau, malahan tidak boleh menelefon beliau,” katanya kepada Sinchew Daily.

Ditanya sama ada GPS akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir berkata: “Anwar kata GPS menyokongnya, tetapi saya melihat GPS menyokong Muhyiddin.”

Kata Dr. Mahathir lagi, beliau tiada apa-apa yang dapat dicadangkan kepada GPS pada masa ini.

Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, Abang Johari pernah bertemu dengannya sebelum “Pertemuan Sheraton.”

“Beliau menyatakan sokongan 100 peratus kepada saya, oleh itu saya sangat gembira. Tetapi, apabila sampai masa menandatangan, mereka tidak menyokong saya,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, beliau tidak tahu apa yang menyebabkan pertukaran pendirian GPS.

“Kami harap GPS dapat memberi sokongan, anda tahu Muhyiddin meluluskan banyak duit untuk Sarawak, ini merupakan satu bentuk rasuah, iaitu cuba mendapat sokongan Sarawak,” katanya.

9 Komen

  1. Orang lain tarik sokongan dia kata rasuah .bagi pelaburan kat negeri dia kata salah satu bentuk rasuah.. dia jadi pm,22 tahun dan 22 bulan,apa dia bu at utk Serawak? Tarah minyak Serawak adalah.. org Serawak jangan tertipu dgn. Mahathir lg

  2. Bengong sangap dah Hatok Der ni. Bagi bantuan untuk rakyat dinegeri dikata rasuah so yang betul2 dan terbaik Bantu anakberanak dan kroni kleptokrasi Hatok Der barulah dikategorikan membantu Malaysia. Seperkara lagi sokong dia sampai kiuk barulah dia istihar orang itu terbaik tapi selalu Hatok Der kata “saya Piyem dan semua orang jumpa saya” kemudian dia pusing kata dia Happy tapi keliru keliru keliru… nyanyuk tahap biawak cipan dah dia Ni.

  3. Sudah2lah atuk… Jangan ganggu gugat lagi negara dengan sandiwara kamu… Rakyat dh cukup meluat dgn perangai kamu x padan dgn usia dah senja… Sekarang bukan di zaman kamu lagi… Bagi lah orang lain memerintah malaysia… Rakyat dah muak dgn ape yg kamu buat sekarang ni… Bersara lah wahai atuk tua zaman kamu sudah berlalu.. Tinggal sejarah dah

  4. Sudah2 le Atuk. Pi ambil wuduk dan menghadap kiblat.

    Takut tak sempat tengok2 dah dikapan dah.

  5. Kalau kita perhatikan, statement tun jd makin pelik. Mcm dia confuse, bercampur aduk ingatan dia antara PM muhyidin dan PM Najib. Aku rasa tun dah mula alami simptom simptom nyanyuk la. Maybe media dan org sekeliling belum perasan. Sebb selalunya nyanyok org biasa ni jd xleh urus diri tp sbb Tun banyak membaca, jd nyanyok tun jd kecamuk memori dia..

  6. Masuk geng dia semua baik…..tapi kalau dah…semua buruk….agak-agaknya..kalau DSN….ikut cakap dia….semua baik

  7. TAK BOLEH NAK SALAHKAN PARTI POLITIK SARAWAK..DIA ORG PEMERINTAH NEGERI..SAPA PM DI PUSAT YANG BOLEH BAGI KELEBIHAN KEWANGAN UTK SARAWAK..ITU YG DIA SOKONG…MAHATHIR 22 TAHUN JADI PM..APA DIA BUAT UTK SARAWAK…22 BULAN DLM PH APA DIA BUAT UTK SARAWAK…NEGERI YG BESAR..PERLU SUMBER KEWANGAN LEBIH…MAHATHIR LUPA SEJARAH…RAKYAT SARAWAK TAK LUPA…

Comments are closed.