MANCHESTER – Gol hatrik Anthoy Martial berjaya membantu the Red Devils menjinakkan skuad the Blades dalam aksi Liga Perdana Inggeris di OLd Trafford awal pagi tadi.
Selepas legenda Manchester United Robin Van Persie cipta hatrik terkahir pada 2013 bersama kelab itu, kini penyerang antarabangsa Perancis ini memahat nama dalam hirarki kelab sebagai pencipta hatrik pertama kelab dalam EPL musim ini.
Dalam aksi malam tadi, Martial membuka gol pertama seawal pada minit ke-7 sebelum menggandakan jaringan seminit sebelum separuh masa pertama ditangguhkan.
Manakala Manchester United terus mengganas tanpa belas kasihan ke atas pelawat Sheffield United di Old Trafford.
Gol ketiga dan juga hatrik Martial hadir minit ke-74 sekaligus mengesahkan kemenangan 3-0 ke atas Sheffield.
Ia sekaligus merapatkan skuad Ole Gunnar Solskjaer dua mata dengan Chelsea yang berada di tangga ke-empat carta EPL.
Chelsea akan menerima kunjungan Manchester City dalam aksi EPL malam ini.
Sejak EPL disambung 17 Jun lalu selepas larangan Covid-19 di United Kingdom, the Blades hanya meraih 1 mata daripada tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan setakat ini.
Aksi konsisten the Devils masih diktirik pemerhati sukan apabila kelab itu masih tidak mencari pengganti Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez yang dijual kepada Inter Milan Ogos tahun lalu.-MalaysiaGazette