Home Ekonomi Prestasi PGB tak terjejas akibat ketidaktentuan pasaran

Prestasi PGB tak terjejas akibat ketidaktentuan pasaran

Petronas Gas Bhd.

KUALA LUMPUR- Petronas Gas Berhad (PGB) menjangka prestasinya tidak terjejas akibat ketidaktentuan dan cabaran pasaran.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamal Bahrin Ahmad, tarif Tempoh Regulatori 1 (RP1) memberikan jaminan perolehan untuk tiga tahun akan datang.

Selain itu, kebanyakan perniagaan kumpulan tersebut dijamin oleh kontrak jangka panjang dan aliran pendapatan stabil.

“Melangkah ke hadapan, kami menyasarkan untuk kekal menjadi rakan kongsi penyelesaian kepada pelanggan-pelanggan sedia ada.

“Selain mengekalkan prestasi operasi yang baik bagi kesemua aset, kami juga komited untuk memastikan projek siap mengikut masa dan memenuhi tanggung jawab terhadap pelanggan-pelanggan baharu,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-37 secara maya hari ini.

PGB mengakhiri tahun kewangan tahun 2019 dengan merekokan keuntungan selepas cukai sebanyak RM2 bilion, lima peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Syarikat itu juga mengisytiharkan dividen keseluruhan sebanyak 82 sen sesaham termasuk dividen khas sebanyak 10 sen sesaham.- MalaysiaGazette