Home Politik Saya tidak ingin bersama Muhyiddin – Tun M

Saya tidak ingin bersama Muhyiddin – Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau enggan bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan meramalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang selepas ditinggalkan oleh UMNO.

“Dalam PRU 15 UMNO akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkuntang-kanting tanpa sokongan PH. Bukan sahaja Muhyiddin yang akan kalah tetapi semua calon Bersatu akan kalah.

“Maka tamatlah riwayat Bersatu dan bermaharajalela UMNO dengan “Cash is King”nya.

“Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH.

“Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya,” katanya dalam blognya hari ini.

Bekas Pengerusi Bersatu yang akhir-akhir ini kerap memberi sokongan teguh kepada DAP menyatakan, parti tersebut tidak mampu menghancurkan orang Melayu seperti dimomokkan sebelum ini.

Katanya, Muhyiddin menggunakan DAP untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) serta menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

“Bukan DAP yang boleh hancur orang Melayu. Orang Melayu yang boleh hancur DAP jika Menteri Dalam Negeri Melayu hanya batal sahaja pendaftaran DAP.

“Kuasa membatal ada pada Muhyiddin Yassin, jika ia nampak DAP akan hancur Melayu.

“Tetapi yang Muhyiddin berminat ialah mengguna DAP untuk menakut orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan untuk jatuh PH dan dia menjadi Perdana Menteri dengan sokongan UMNO dan Pas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Sembang kemas orang tua ni. Cukuplah sekadar hormat atas khidmat beliau selama menjadi PM.

    Setelah banyak perkara yang kritikal berlaku sewaktu beliau PM7 dan PM7i.

    Usah berjanji sesuatu yang tidak bersungguh-sungguh dalam menunaikannya.

  2. Hatok Der ni dah makan ubat ke? Tajuk dengan mukadimahnya amat berlainan maksud dimana “penggulungan” beliau bertukar tema pula. Hatok Der ni tambah kuat rosak minda Dan ingatannya..

  3. Lami pun tak lah ingin sangat kamu bekerjasama dengcm mahyudin ke anwar ke atau sesiapa saja. Tapi dengan najib sesuai sebab kau pun atok segala penyamun. Cuma najib jauh lebih baik daripada kau. Kau melayu kiasu. Muka kau pun muka tembok. Muka longkang. Loya kami psndang. Kena samak 21 kali dengan tanah.

  4. Makin merapu statement. Kata Muhyidin khianat pengundi, habis yg Tun letak jawatan dan tipu manifesto tu, bukan ka lagi teruk – khianat paling besar dlm sejarah. Sampai terbubar kerajaan yg rakyat pilih. Sampai menyesal rakyat pilih PH sbb manifesto semua kincin saja. Bulat bulat Tun tipu rakyat masa Tun dok berkempen. TUN Ialah PM YG PALING PENIPU

Comments are closed.