Home Ekonomi Maybank tidak lanjutkan tempoh moratorium

Maybank tidak lanjutkan tempoh moratorium

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd (Maybank) tidak akan melanjutkan tempoh moratorium pinjaman enam bulan yang akan berakhir pada September.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias percaya bank telah memberi masa selama enam bulan untuk menangani senario ekonomi semasa.

“Moratorium pada dasarnya memberi kita lebih banyak masa kerana impak Covid-19 adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelumnya, jadi tidak seorang pun daripada kita tahu berapa lama dan dalamnya kesannya.

“Jadi kita perlu mencerna keadaan semula, berbincang dengan dengan pelanggan bagi membantu mereka melihat keupayaan kemudahan kredit mereka semula, katanya ketika bercakap pada sidang media maya melalui Zoom selepas mesyuarat agung tahunan ke-60 hari ini, – MalaysiaGazette