Saya hanya ada anak lelaki yang menghidap sakit tumor otak, tidak ada lagi anak lain yang mampu menjaga kami tiga sekeluarga, itu kata-kata yang terbit dari bibir isteri kepada komposer terkenal Datuk Ooi Eow Jin iaitu Datin Khaw Lean Kee.
Menjaga suami yang sudah uzur dan anak lelakinya yang juga terlantar puluhan tahun membuatkan wanita 80-an itu tidak mempunyai pilihan lain selain untuk menjadi wanita ‘besi’.
Namun dalam kepayahan yang dihadapinya, beliau bersyukur kerana ramai yang menyayang keluarganya dengan menghulurkan bantuan kewangan.