SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura menekankan fokus utama manifesto pilihan raya umum partinya, PAP adalah untuk memikirkan kaedah bagaimana untuk bekerjasa sama dengan semua pihak bagi menghadapi krisis pandemik Covid-19.
Beliau menggariskan tiga isu utama yang sering berlegar-legar di fikiran para pengundi iaitu langkah memastikan keselamatan rakyat Singapura dan pekerja asing daripada Covid-19 dan mengelakkan wabak tersebut melemahkan sistem penjagaan kesihatan; memulakan semula proses transformasi ekonomi; dan menyediakan penjagaan sokongan kepada rakyat Singapura ketika zaman ketidaktentuan dan bahaya.
Katanya, semasa PRU biasa, manifesto parti berkenaan pastinya memberi fokus kepada pelan jangka panjang untuk Singapura.
Bagaimanapun, ianya berbeza pada kali ini.
“Tanpa usaha gigih daripada kita semua, saya tidak pasti sama ada apa yang telah kita bina selama berdekad yang lalu mampu terus berdiri dan tidak tumbang dilanda badai.
“Ketika ini, memastikan Singapura terus berjaya dan kuat menghadapi ujian paling getir adalah keutamaan kerajaan,” katanya.
Tambah Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP, manifesto PRU kali ini yang bertemakan Hidup Kita, Pekerjaan Kita dan Masa Hadapan Kita menjawab kesemua kebimbangan rakyat. – Agensi