CHINI – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak terkejut dengan dakwaan bahawa beliau akan menubuhkan parti bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Bercakap kepada media, Hishamuddin berkata, ia adalah fitnah untuk melaga-lagakan pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditubuhkan pada Mac lalu.
“Saya tidak terkejut sebab nak tubuhkan parti baru dengan Azmin. Ini fitnah dan usaha untuk melaga-lagakan pemimpin kita.
“Saya rasa fitnah ini berdasarkan kepada niat jahat. Tidak perlu kita jawab banyak sangat kerana mereka mahu kita layan isu-isu begini supaya ia berterusan di sosial media.
“Pendirian saya tetap bersama BN. Sampai hari ini saya masih dengan BN selepas dituduh macam-macam sebelum ini.
“Apa lagi dengan nak wujudkan parti baru atau parti yang bersama Muhyiddin dan termasuk pemimpin UMNO. Ini saya rasa tujuan yang tidak baik dan jahat dan mungkin ini menunjukkan betapa terdesaknya mereka kepada apa yang kita lakukan 100 hari memimpin negara,” katanya ketika melakukan ziarah masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Gumum, Chini.
Nama Menteri Luar Negeri itu dikaitkan dengan penubuhan Parti Reformasi Bersatu Negara (Parti Negara) bersama beberapa lagi pemimpin UMNO, antaranya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Presiden.
Senarai penaja parti itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Parti Reformasi Bersatu Negara (Parti Negara), bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Umum.
Sama seperti Ismail Sabri, Hishamuddin turut berkata, beliau masih setia dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Malah beliau berkata, dakwaan ini menunjukkan pihak tidak bertanggungjawab itu gentar dengan pentadbiran 100 hari kerajaan Perikatan Nasional.
“Kalau ini menunjukkan mereka sudah bimbang dan menggunakan strategi sebegini rupa, bagi saya kita berada pada landasan yang baik dan ini membimbangkan mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Figura.pelahap kuasa hàrta duit
Rakus tamak….gila….ampu bodek