KUALA LUMPUR – Pemimpin sayap parti Barisan Nasional dan Pas mempersoalkan siapa yang meluluskan penerbitan buku yang bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia’ , yang mana kulit muka depannya mempermainkan jata negara.
Mereka yang mewakili Muafakat Nasional turut hairan kerana berdasarkan maklumat awal, buku itu telah dijual di pasaran negara ini menerusi platform atas talian seperti Shopee dan Lazada.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, mereka masih menunggu keputusan daripada Kementerian Dalam Negeri sama ada buku itu mendapat kelulusan penerbitan.
“Kami dari Pemuda BN dan Pas menggesa KDN mengambil Langkah sewajarnya bagi menghentikan sebarang propaganda yang menghasut rakyat untuk membenci Jata Negara khusus kerajaan hari ini.
“Semua rekod seperti nama penulis dan syarikat penerbitan sudah diserahkan kepada polis dan berharap tindakan dapat diambil dengan tegas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdul Hamidi. Turut hadir, Penolong Setiausaha 3, Pemuda Pas, Faizuddin Zai.
Kulit buku itu menimbulkan kegusaran orang ramai kerana ia secara terang-terangan mempermainkan Jata Negara.
Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan turut dikongsi di pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku, Ilham Books.
Sementara itu, Mohamed Nizham berkata, laporan polis yang dibuat tidak melibatkan sentiment agama atau parti tetapi atas tanggungjawab rakyat Malaysia.
Jelas beliau, solidariti semua pihak perlu kerana Jata Negara adalah lambang kedaulatan Malaysia dan institusi tertinggi negara.
“Isu ini adalah sensitif dan kita sebagai rakyat Malaysia kena faham kerana ia sudah melampau apabila mula timbul bibit-bibit untuk menjadikan suasana tidak stabil.
“Tidak sokong kerajaan tidak mengapa kerana kita sebuah negara demokrasi. Tapi ini satu penghinaan kepada lambang negara dan laporan polis perlu dibuat.
“Kita minta kerajaan hari ini, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pihak polis dan agensi berkaitan, sila ambil tindakan tegas terhadap pereka yang menghina lambang negara.,” katanya. – MalaysiaGazette
Mereka dikalangan KOMUNISKRASI sangat KECIWA!
Dijangkakan lebih banyak siri2 penghinaan seperti ini dalam waktu terdekat, sama seperti semasa isu menconteng bendera dengan warna hitam, menterbalikkan bendera dsb suatu ketika dahulu!
Ramai nak lihat bagaimana Menteri Dalam Negeri bertindak?
PN merintah macam2 hal berlaku
Siapa yang tak suka Malaysia bolehlah packing dan BERAMBUS dari sini!
Dikatakan Australia sangat mengalu2kan kedatangan anda!
Jom ramai2 boikot kedai2 dan produk2 komunis!
Rakyat di India telah mulakan kempen ini sejak 20 orang askar mereka dibunuh!