Home Nasional Kerajaan digesa rampas, haramkan buku “Rebirth”

Kerajaan digesa rampas, haramkan buku “Rebirth”

Kult buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya mengharamkan dan merampas buku yang bertajuk “Rebirth” kerana penerbitannya secara terang-terangan sengaja menimbulkan ketegangan dan meniup api kemarahan antara kaum.

Naib Ketua Wiranita Putra Malaysia, Ros Hanita Mohd Bashir berkata, perkara itu amat serius dan perlu diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa.

Malah, apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa pihak terbabit jelas menunjukkan tidak setia kepada Yang diPertuan Agong .

“Saya mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera dan tegas agar isu ini dapat dipantau dengan segera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ros Hanita berkata, kerajaan perlu segera merampas buku berkenaan kerana jika tidak, ia boleh meninggalkan kesan yang buruk kepada generasi muda.

Tambahnya, pihak terbabit telah menghina lambang rasmi kedaulatan negara dan tindakan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 boleh dikenakan terhadap pihak yang didapati bersalah. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.