Home Dunia Virus selesema dengan ‘potensi pandemik’ dikesan di China

Virus selesema dengan ‘potensi pandemik’ dikesan di China

Pekerja tempat penyembelihan dikesan mengalami virus selesema G4 EA H1N1. Gambar hiasan.

BEIJING – Sejenis selesema baharu yang berpotensi menjadi pandemik telah dikenal pasti oleh para saintis China.

Ia muncul baru-baru ini dan dikesan dibawa oleh babi tetapi boleh menjangkiti manusia.

Para penyelidik bimbang ia dapat bermutasi lebih jauh sehingga menyebar dengan mudah dalam kalangan manusia dan mencetuskan wabak global.

Walau bagaimanapun, ia bukan masalah sekarang, kata saintis.

Ia memiliki “semua ciri” yang boleh menjangkiti manusia dan memerlukan pemantauan yang ketat.

Memandangkan ia baharu, individu mungkin mempunyai sedikit atau tidak ada kekebalan terhadap virus tersebut.

Oleh itu, langkah-langkah untuk mengawal virus babi dan pemantauan ketat pekerja industri babi, harus segera dilaksanakan, menurut saintis dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences

Jenis selesema baru yang buruk adalah ancaman penyakit teratas yang dipantau oleh pakar-pakar, walaupun ketika dunia sedang berusaha untuk menghentikan wabak koronavirus yang sedang berlaku.

Selsema pandemik terakhir yang dihadapi dunia ialah wabak selesema babi pada tahun 2009 yang bermula di Mexico – tidak banyak mengorbankan nyawa walaupun menjadi kebimbangan utama pada awalnya terutamanya kerana banyak warga emas mempunyai kekebalan terhadapnya, mungkin kerana kesamaannya dengan virus selesema lain yang telah menular selama bertahun-tahun sebelum ini.

Virus ini dikenali sebagai A/H1N1pdm09, kini dilindungi dengan vaksin selsema tahunan untuk memastikan orang ramai dilindungi.

Selesema baharu yang telah dikenal pasti di China mirip dengan selsema babi 2009, tetapi dengan beberapa perubahan.

Walaupun ia bukan ancaman tetapi Prof Kin-Chow Chang dan rakan-rakan yang mengkajinya berkata, virus ini perlu dipantau.

Virus, yang disebut oleh penyelidik sebagai G4 EA H1N1, boleh membiak dalam sel-sel yang melapisi saluran udara manusia.

Mereka menemui bukti jangkitan baru-baru ini bermula pada pekerja di pusat penyembelihan dan industri babi di China.

Vaksin selesema yang ada pada ketika ini didapati tidak memberi perlindungan terhadapnya, walaupun dapat disesuaikan jika diperlukan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Selsema BABI dimana2!

    Islam telah menggariskan bahawa BABI adalah binatang yang kotor, babi termasuk di dalam kategori najis mughallazah!

    Semua benda2 yang associated dengan BABI adalah HARAM!

Comments are closed.