HONG KONG – Parlimen China hari ini meluluskan undang-undang keselamatan ke atas Hong Kong, sekali gus merancang perubahan radikal terhadap kehidupan pulau bekas jajahan British itu sejak dipulangkan semula kepada China tepat 23 tahun lalu.
Cable TV yang memetik sumber enggan dinamakan berkata, undang-undang tersebut diluluskan secara sebulat suara oleh pembuat dasar negara berkenaan di Parlimen.
Undang-undang berkenaan memburukkan lagi hubungan China dengan Amerika Syarikat (AS), Britain dan kerajaan-kerajaan lain di Barat, yang mana ia akan menghapuskan autonomi yang diberikan semasa perpindahan milik hab kewangan global itu pada 1 Julai 1997.
AS mula menghapuskan status istimewa Hong Kong pada Isnin serta menggantung eksport pertahanan serta menyekat akses kepada produk-produk berteknologi tinggi.- MalaysiaGazette