KUALA LUMPUR – Lelaki yang dicari oleh polis bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan telah menyerahkan diri di Balai Polis Rawang malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat berkata, Vikneswarar a/l Nagentiran atau dikenali sebagai Thamby@Vinod telah direman selama tujuh hari mulai esok sehingga 6 Julai ini.
Artikel berkaitan: Culik dan bunuh: Sheikh Ismail sudah ditahan, polis cari Vikneswarar pula
Kes culik dan bunuh: Polis cari Sheikh Ismail atau EL
Mayat ahli perniagaan diculik ditemui dalam belukar
Tambahnya, seorang suspek yang tamat tempoh reman hari ini disambung tujuh hari lagi. – MalaysiaGazette