Home Galeri PERJALANAN TERAKHIR SENIMAN TAN SRI SM SALIM Galeri PERJALANAN TERAKHIR SENIMAN TAN SRI SM SALIM By Noor Asrekuzairey Mat Salim - 30 December 2016 Jenazah Allahyarham Tan Sri SM Salim diusung setibanya di Masjid Jamek Kg. Baru bagi tujuan memandikan jenazah dan dikafankan sebelum solat jenazah selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 DISEMBER 2016. Penyanyi, Nash Lefthanded (kanan) turut hadir membaca Surah Yassin ketika hadir menziarahi Seniman Tan Sri SM Salim yang sakit tenat di Sering Ukay, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 DISEMBER 2016 Beberapa kenalan Seniman Tan Sri SM Salim turut meluangkan masa menziarahi beliau yang sakit tenat di Sering Ukay, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 DISEMBER 2016 Suasana hiba menyelubungi kaum keluarga dan sahabat handai yang hadir ke Masjid Jamek Kg. Baru di mana jenazah Tan Sri SM Salim dibawa untuk tujuan dimandikan jenazah beliau sebelum dikafankan dan solat jenazah selepas Solat Jumaat di Masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 DISEMBER 2016. Ahli keluarga terdekat membaca surah yassin selepas Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim menghembuskan nafas terakhir dirumahnya, Sering Ukay, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 DISEMBER 2016 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim dikediamannya, Sering Ukay, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 DISEMBER 2016 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim dikediamannya, Sering Ukay, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 DISEMBER 2016 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh balu Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim, Puan Sri Aishah Abdul Ghani ketika meluangkan masa menziarahi jenazah allahyarham dikediamannya, Sering Ukay, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 DISEMBER 2016 Suasana hiba menyelubungi kaum keluarga dan sahabat handai yang hadir ke Masjid Jamek Kg. Baru di mana jenazah Tan Sri SM Salim dibawa untuk tujuan dimandikan jenazah beliau sebelum dikafankan dan solat jenazah selepas Solat Jumaat di Masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 DISEMBER 2016. Isteri Allahyarham Tan Sri SM Salim, Puan Sri Aishah Mohd Ghani (dua kanan) dan ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan selepas menatap jenazah Tan Sri SM Salim buat kali yang terakhir selepas jenazah dimandikan dan dikafankan sebelum solat jenazah selepas Solat Jumaat di Masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 DISEMBER 2016. Isteri Allahyarham Tan Sri SM Salim, Puan Sri Aishah Mohd Ghani (dua kiri) dan ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan selepas menatap jenazah Tan Sri SM Salim buat kali yang terakhir selepas jenazah dimandikan dan dikafankan sebelum solat jenazah selepas Solat Jumaat di Masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 DISEMBER 2016. Jenazah Allahyarham Tan Sri SM Salim diusung setibanya di Masjid Jamek Kg. Baru bagi tujuan memandikan jenazah dan dikafankan sebelum solat jenazah selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 DISEMBER 2016. Jenazah Allahyarham Tan Sri SM Salim dikeluarkan dari van jenazah dan diusung untuk memandikan jenazah dan dikafankan sebelum solat jenazah selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 DISEMBER 2016. Jenazah Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim diusung oleh sanak saudara dan orang ramai untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 30 DISEMBER 2016 Jenazah Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim ketika dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 30 DISEMBER 2016 Imam 2 Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Ab Hamid (tengah) mengetuai bacaan talkin ketika pengebumian jenazah Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 30 DISEMBER 2016 Anak sulung Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim, Siti Nor Aishah Salim (dua dari kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat pengebumian jenazah ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 30 DISEMBER 2016 Datuk M. Nasir dan Isteri Datin Marlia Musa antara rakan artis yang hadir memberi penghormatan kepada jenazah Allahyarham Tan Sri SM Salim di Masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 DISEMBER 2016. Penyanyi Veteran, Datuk A. Rahman Hassan dilihat turut hadir ke pengebumian jenazah Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 30 DISEMBER 2016 M. Daud Kilau Anak sulung Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim, Siti Nor Aishah Salim (dua kiri) dilihat sebak ketika duduk disebelah pusara ayahnya yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 30 DISEMBER 2016 Anak Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim, Shamsul Salim (dua kanan) menaburkan bunga mawar di pusara ayahnya yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 30 DISEMBER 2016 Anak sulung Allahyarham Seniman Tan Sri SM Salim, Siti Nor Aishah Salim (dua kanan) menyiram air mawar di pusara ayahnya yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 30 DISEMBER 2016