Home Sukan Manchester City terlibat rundingan beli penjaga gol Benfica

Manchester City terlibat rundingan beli penjaga gol Benfica

Penjaga gol Benfica, Ederson dalam proses untuk berhijrah ke Manchester City musim ini. - SkySports

ENGLAND – Kelab bola sepak England, Manchester City kini dilaporkan terlibat dalam rundingan serius untuk membeli penjaga gol Benfica, Ederson bagi memperkuatkan gawang gol menjelang musim depan.

Pasukan itu sebelum ini menurunkan dua penjaga gol berkualiti namun tidak berpuas hati dengan prestasi semasa kedua-dua penjaga gol itu.

Kelab yang digelar sebagai ‘jiran yang bising’ di Manchester itu agak tamak apabila sanggup meminjamkan penjaga gol nombor satunya Joe Hart dengan alasan masalah prestasi.

Kini kelab yang dikendalikan bekas Pengurus Barcelona dan Bayern Munich, Pep Guardiola menggunakan kuasa kewangan besar kelab yang dimilikinya untuk merobek gawang gol.

SkySports melaporkan bahawa man City kini berada di hadapan dalam rundingan untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu.

Manchester City telah mengemukakan rekod bidaan tertinggi dunia iaitu £45 juta untuk mengikat khidmat penjaga gol prolifik itu.

Penjaga gol antarabangsa Brazil itu menyertai Benfica pada usia 16 tahun sebelum dilepaskan selepas dua bulan bersama kelab liga rendah Portugal, Ribeirao.

Benfica menandatangani semula penjaga gol itu pada musim 2015 lalu.

Peluang tinggi kehadiran pemain ke Stadium Etihad menambah tanda tanya terhadap masa depan penjaga gol antarabangsa England, Joe Hart yang kini dipinjamkan ke Torino.

Man City berdepan masalah penjaga gol musim lalu berikutan keputusan berkontroversi melepaskan Hart ke Torino.

Claudio Bravo dibeli dengan nilai £17.1 juta dari Barcelona musim lalu sebelum pemain itu dikritik hebat dan dilanda masalah kecederaan menjelang penghujung kempen lalu.

Manakala seorang lagi penjaga gol, Willy Caballero akan meninggalkan Itihad selepas kontraknya tamat musim ini.

Ederson dikatakan akan mencabar Bravo di Etihad. Ederson memenangi beberapa kejuaraan liga Portugal bersama Benfica dan dipanggil ke skuad Brazil pada Mac lalu walaupun belum beraksi dalam skuad utama Brazil.

Ditanya mengenai minat City, Ederson menjawab;” Saya masih lagi tak pasti, tetapi ia mungkin aksi terakhir saya bersama Benfica.”

Pep Guardiola diberi kuasa dana besar untuk merobek skuad utamanya menjelang Liga Perdana Inggeris musim depan.

Kelmarin, Man City melengkapkan pembelian pemain tengah Monaco, Bernardo Silva dengan bayaran £43 juta. – MalaysiaGazette