Home Politik Armada mahu Kean Wong dihukum

Armada mahu Kean Wong dihukum

Armada

KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengutuk segala bentuk penghinaan terhadap perkara berkaitan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Ketua Armada Bersatu Bahagian Kemaman, Aziman Hadi Nazri berkata, negara dikejutkan penghinaan ke atas Jata Negara melalui sebuah buku yang bertajuk Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia ditulis oleh Kean Wong.

Menurutnya, muka depan buku itu secara jelas dan terang-terangan telah menghina lambang kedaulatan negara dengan jata yang telah disunting sewenang-wenangnya.

“Tindakan berbaur hasutan dan kebencian ini jelas melanggar undang-undang negara di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

“Sehubungan itu, Armada Bersatu Bahagian Kemaman menggesa pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia), Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjalankan siasatan segera serta mengambil tindakan tegas ke atas penulis dan penerbit buku,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sementara itu, Naib Ketua Armada Bersatu Sungai Buloh, Adi Farhan Isa berkata, tindakan biadab itu sama sekali tidak boleh diterima kerana perbuatan berkenaan jelas menghina maruah negara.

Adi Farhan Isa

Ujar beliau, rakyat Malaysia dalam apa jua alasan tidak boleh sesekali memperlekeh kehormatan negara seperti menghina bendera, jata dan sebagainya.

“Perbuatan mengubah dan menghina Jata Negara oleh seorang warganegara tidak boleh diterima sama sekali dan tindakan jelek itu perlu dikutuk serta dikenakan hukuman setimpal.

“Lambang negara adalah maruah kita, jika kita sendiri tidak menjaganya apalagi yang nak kita banggakan,” ujarnya.

Ketua Armada Bersatu Bahagian Kepong, Fajar Alsidik Nuziiwan pula berkata, penghinaan yang dilakukan oleh Kean Wong itu menunjukkan kerosakan moral penulis berkenaan dan hilangnya semangat patriotik terhadap negara.

Kata beliau, individu terbabit tidak boleh berselindung di sebalik alasan tidak sengaja seperti yang selalu digunakan oleh individu yang sebelum ini menghina maruah negara.

“Tiada maaf bagimu. Kean Wong perlu bertanggungjawab atas tindakan biadab beliau itu dan bersedialah untuk menerima hukuman atas keterlanjuran yang tidak munasabah tersebut.

“Kita mahu pihak berkuasa segera menahan, mendakwa dan menjatuhkan hukuman terhadap perbuatan terkutuk itu,” katanya.

Nada serupa turut disuarakan oleh Ketua Armada Bersatu Segambut, Safwan Manoga dan Ketua Armada Bersatu Hang Tuah Jaya, Melaka, Muhammad Afiq Nazmi pula mahu pesalah tersebut segera diambil tindakan supaya memberi pengajaran kepada orang lain.

Muhammad Afiq Nazmi

Dalam masa sama, kesemua mereka berharap setiap rakyat bersatu-padu membantu negara dan bukannya melakukan perbuatan sedemikian apatah lagi negara masih bergelut dengan wabak koronavirus (Covid-19).

Mereka turut menyeru seluruh rakyat mengamalkan dan menghayati nilai Rukun Negara agar keharmonian dan kesejahteraan negara dapat terus dikekalkan, bukannya menyemai benih kebencian yang boleh merosakkan keharmonian serta sifat hormat-menghormati yang telah dipupuk sejak sekian lama. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Gabenor Jakarta, Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama, kerana bersalah menghina Islam.

    Di Indonesia HUKUMnya AMAT JELAS dan TEGAS sekali! Anak Cina Ahok dihukum penjara dua tahun tanpa ragu2!

    Disini humumnya TIDAK JELAS, pusing sana pusing sini akhirnya terlepas bergitu sahaja atau hanya sekadar kena pampasan sekadar seribu atau dua sahaja!

Comments are closed.