Home Ekonomi 15,000 pekerja Airbus akan dibuang

15,000 pekerja Airbus akan dibuang

LEIDEN – Airbus akan mengurangkan 15,000 pekerja selepas terjejas teruk dengan krisis koronavirus.

Ia merancang untuk menghentikan 1,700 pekerja di United Kingdom dan beratus-ratus pekerja di Jerman, Sepanyol dan lain-lain negara.

Rancangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan kesatuan sekerjanya, Unite.

Kesatuan sekerja menyifatkan pengumuman Airbus adalah “satu lagi tindakan vandalisme industri” terhadap sektor aeroangkasa United Kingdom.

Airbus mempunyai seramai 134,000 orang pekerja di seluruh dunia dengan sekitar satu per sepuluh daripada mereka berada di United Kingdom.

Firma itu memaklumkan pengurangan pekerja di United Kingdom hanya membabitkan bahagian pesawat komersial di Broughton di Flintshire dan Filton, Bristol.

Maklumat lebih lanjut mengenai pembuangan pekerja akan dimaklumkan pada akhir minggu ini setelah perbincangan dengan kesatuan pekerja.

Unite menjangkakan 1,116 pekerja kilang dan 611 pekerja yang berpangkalan di pejabat akan dibuang – mengecilkan guna tenaga di United Kingdom sebanyak 15%.- MalaysiaGazette