GEORGE TOWN – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam direman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah reman sehingga 4 Julai itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Nur Fadrina Zulkhairi selepas membenarkan permohonan SPRM Pulau Pinang.
Terdahulu, lelaki berusia 52 tahun itu yang berpakaian lokap SPRM berwarna jingga tiba di Balai Polis Bayan Baru dekat sini pada 1.45 tengah hari dengan menaiki kenderaan SPRM dan ditemani peguam R.S.N Rayer.
Bekas penolong bendahari DAP Pulau Pinang itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 2 petang semalam.
Rayer ketika ditemui pemberita selepas itu enggan mengulas panjang berhubung penahanan Chew.
“Saya tidak boleh memberi maklumat lain, cuma ia berkaitan satu penyiasatan pihak SPRM susulan satu laporan yang dibuat baru-baru ini. Jadi, saya tidak mahu mengulas tentang perkara tersebut.
“(Laporan) itu bukanlah terhadap beliau namun ada satu laporan yang dibuat kepada SPRM. Saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana kes ini dalam siasatan. Tetapi kita akan terus membela Jeffrey dan yakin serta percaya beliau tidak melakukan kesalahan,” katanya.
Difahamkan penahanan Chew adalah berkaitan siasatan kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.
Terdahulu, kira-kira 50 pemimpin dan ahli DAP Pulau Pinang hadir di perkarangan Balai Polis Bayan Baru untuk memberi sokongan terhadap Chew.
Sementara itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika diminta mengulas mengenai penahanan Chew berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Beliau berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah menerima surat daripada SPRM untuk menemu bual beberapa Exco dan pemimpin negeri berhubung isu terowong dasar laut itu.
“SPRM minta beberapa ahli Exco pada penggal lepas tak termasuk Exco penggal ini … mungkin Exco yang pernah dalam jawatan semasa tender (projek terowong dasar laut) dijalankan. Bagi pihak kerajaan negeri pendirian kita adalah untuk memberi kerjasama sepenuhnya supaya siasatan boleh dijalankan.
“Walaupun siasatan pernah dijalankan dan ditamatkan, kita tak tahu siasatan terbaharu ini berkaitan apa … kami serahkan kepada SPRM untuk jalankan siasatan,” katanya. – Bernama
Pastikan pihak SPRM menyediakan CCTV yang mencukupi dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Ini untuk memastikan tahanan tidak terjun bangunan sepertimana kes di Shah Alam suatu masa dahulu berulang.
Kumpulan kongsi2 gelap MUNGKIN akan gunakan segala kepakaran mereka?
Bgus sprm..puak2 dap kafir harbi mmg kuat sgt rasuah…lpas tu nk tutup rasuah slh kn org lain..mmg puak2 lh yg byk rasuah nya..bgus..klu bloh siasat sekali bos yg pling besr dlm dap tu..itu kpla rasuah nya…mmg dap kafir harbi betul lh..