KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Jun sudah diaktifkan kepada para pekebun getah mulai 1 hingga 30 Julai ini.
Lembaga Getah Malaysia berkata, harga yang ditetapkan untuk Semenanjung adalah 80 sen sekilogram. Sabah RM1.10 dan Sarawak 95 sen.
IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang
(farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
Pada bulan Jun 2020, harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah RM1.70 sekilogram (Semenanjung), Sabah (RM 1.40) dan
Sarawak (RM 1.55). – MalaysiaGazette