SHAH ALAM – Sebuah premis memproses muruku di Kajang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam selepas dikesan menggunakan logo halal tidak sah pada bungkusan produk makanan ringan berkenaan.
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata serbuan kira-kira pukul 11 pagi hasil aduan orang ramai itu dilakukan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat.
“Semakan menerusi sistem MYe-Halal Malaysia mendapati premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dan logo halal digunakan pada bungkusan produk muruku itu juga tidak sah.
Hasil siasatan turut mendapati produk makanan ringan itu dijual secara meluas di pasar raya berhampiran premis berkenaan, kedai serbaneka 24 jam, kedai-kedai runcit di sekitar Hulu Langat, Cheras serta di platform e-dagang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, pemilik premis berkenaan didapati menggunakan label jenama nama wanita Islam sebagai strategi bagi mengelirukan umat Islam bahawa muruku itu adalah keluaran produk Muslim yang boleh dimakan tanpa was-was.
Justeru kata Mohd Shahzihan, JAIS merampas 138 kotak makanan ringan berkenaan dan 960 kotak bertanda logo halal tidak sah bernilai RM14,819.00.
“Rampasan dan siasatan dilakukan di bawah Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda maksimum RM200,000,” katanya.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati pemilik premis menggajikan sembilan pekerja namun hanya dua sahaja rakyat tempatan manakala selebihnya merupakan pekerja asing dan disyaki tidak mempunyai dokumen atau permit kerja yang sah.
Mohd Shahzihan berkata pemeriksaan ke atas premis itu juga menunjukkan ia berada dalam keadaan sangat kotor terutamanya di kawasan pemprosesan makanan ringan berkenaan.
“PKD Hulu Langat juga mengambil tindakan terhadap premis itu mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009 11(1)b kerana gagal menyediakan rekod latihan pengendali makanan dan Peraturan 7(1) ekoran tidak memperbaharui perakuan pendaftaran premis serta arahan penutupan premis dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam terutamanya umat Islam supaya sentiasa teliti terhadap logo halal yang dipamerkan serta memastikan logo digunakan adalah asli dan diiktiraf oleh JAIS atau JAKIM.
— BERNAMA
Tidak tahu JAIS atau Berita Bernama… Berita Bernama atau JAIS yang hampir bodoh menyukarkan pengguna dan pembeli.
Duit palsu dan IC palsu pun rakyat tidak dapat sahkan inikan pula makanan yang dibungkus cantik serta dijual merata tempat.
Hello JAIS hello Bernama… Hello Bernama hello JAIS awak telah tahu maka permudahkan untuk pengguna tahu bukan menyukarkan. Hentikan sikap “bodoh melampau” konon tunjuk menjalankan tugas dengan “kepakaran professional” tapi hasilnya seperti seseorang “penghasut dan penipu” caranya, apa maklumat lengkap sebenar yang kamu buat untuk disampaikan? Kamu agent dilantik untuk menimbulkan keadaan huruhara ke? Setakat cerita begini bagaimana rakyat untuk diajar mendapatkan “maklumat sahih” sedangkan berita ini bagai penyebar fitnah. Bodoh punya sumber tidak lengkap disiarkan buat apa?
Smpi bila umat Islam terusan ditipu….tindakan yg paling maksimum utk kesalhan menipu nih…ttup premis, batalkn lesen, lokap… Tolong laa buat sesuatu