Home MGNews TERKINI : Australia Negara Terbaharu Dalam Perbincangan Buka Sempadan – Dr. Noor...

TERKINI : Australia Negara Terbaharu Dalam Perbincangan Buka Sempadan – Dr. Noor Hisham Abdullah

Australia merupakan negara terbaharu dalam perbincangan untuk pembukaan sempadan negara bagi membolehkan kemasukan pakar profesional.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, perbincangan masih berada di peringkat awal dan tiada ketetapan mengenai pelaksanaan.

“Perbincagan telah dimulakan dengan Singapura dan negara Brunei manakala perbincangan permulaan dengan Australia sudah dimulakan dan akan dilanjutkan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.