LONDON – Chelsea menyambung semula rundingan bagi memperbaharui kontrak Willian selepas pemain itu menolak tawaran kelab Liga Super China.
Bagaimanapun, the Blues tidak menawarkan kontrak lebih dua tahun kepada pemain.
Bintang Brazil itu sudah menyatakan pendiriannya mengharapkan kontrak selama tiga tahun untuk kekal di England.
Sejak berdepan masalah memperbaharui kontrak bersama Chelsea, Tottenham Hotspur dan Arsenal. menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.
Selepas liga disambung pada 15 Jun lalu, Willian menyumbang tiga gol dalam kesemua tiga penampilan setakat ini.
Pengurus kelab, Frank Lampard berkata, pihaknya masih berunding dengan beberapa pemain khususnya Willian.
“Saya yakin mereka termasuk Willian akan terus kekal bersama kelab.
“Mereka adalah individu profesional untuk kelab ini dan berkhidmat dalam semua aspek.
“Itu cukup membuktikan mereka tidak sanggup meninggalkan kelab ini sekarang dan mahu terus menyumbang kepada kegemilangan kelab ini.
“Maka kami akan terus berunding dengan pemain berkenaan dan akan melihat kesudahannya nanti,” katanya. – Agensi