KUALA LUMPUR- Golongan muda perlu diberi ruang dalam pembangunan, politik dan ekonomi negara.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, generasi lama perlu bekerjasama dan membantu golongan muda untuk mencorakkan masa depan negara.
“Cara lama kini sudah tidak lagi relevan, dan telah tiba masanya untuk kita memacu ke hadapan dengan membuka seluas-luasnya peluang kepada generasi pelapis.
“Persada politik umpamanya, memerlukan golongan muda sebagai pencetus pembaharuan yang nyata.
“Kita mesti berhenti memandang golongan belia hanya sebagai pengganti’ kepada generasi lama.
“Mereka seharusnya menjadi pemain penting dipersada politik negara diwaktu muda mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Tambahnya, negara maju telah mempunyai Perdana Menteri dan Presiden semuda 35 tahun dan dengan itu, Malaysia tidak seharusnya menafikan potensi pemimpin pelapisnya.
“Bukan tugas kita untuk menunda peranan mereka dalam politik dan kepimpinan parti dan negara.
“Ekonomi Malaysia juga tidak boleh sentiasa selesa dan berpuas hati dengan ‘struktur’ lamanya,” katanya lagi.
Fasa ekonomi masa depan seharusnya berorientasikan global dengan dipacu teknologi termaju.
Malah, di peringkat global, sudah terbukti revolusi ekonomi dengan teknologi seperti Airbnb, Grab, Gojek dan OYO telah menggegarkan dunia hasil cetusan idea generasi muda.
Tambah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, kerajaan perlu memainkan peranan sebagai pemudahcara untuk mengenengahkan generasi muda.
“Tanpa ekosistem yang sesuai dan mendukung, idea terbaik dari generasi muda akan dibazirkan hanya kerana kerajaan gagal untuk beranjak dan berubah sesuai zaman dan masa,” katanya lagi.- MalaysiaGazette
Bukan ke maksudnya kalau aku tak dpt, hang pun tak dapoet… ke mampuih…
Tobat dijauhkan Allah orang2 segolongan syed sadiq dalam negara ini lagi.
Tiada yg tua tiada yg muda