CHINI – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata segala formula yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional nyata membuahkan hasil.
Ujar beliau, kerjasama dengan Pas nyata memberikan impak yang positif setelah pengundi terutamanya Pas memberikan undi kepada calon BN, Mohd Sharim Md Zain.
“Walaupun kita berdepan dengan calon bebas tapi sebenarnya dia tidak begitu bebas sebab Dr Mahathir telah beri sokongan. Penat dia buat video dan surat layang tapi calon dia hilang deposit.
“Ini menunjukkan bahawa rakyat Chini memilih BN dan Muafakat Nasional dan ini adalah formula yang mendapat tempat di hati rakyat dan jentera kita berjalan lancar,” katanya ketika ditemui media selepas diumumkan BN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, malam tadi.
Mohd Sharim, 41 diangkat sebagai ADUN Chini yang baharu setelah memperoleh 13,872 undi.
Najib turut berkata kemenangan Mohd Sharim sememangnya berbaloi dan ia melengkapkan kemenangan BN yang bermula di Cameron Highlands.
“Memang berbaloi, dan kita nak majoriti besar dan kita kata penting kekalkan rekod Pahang sebab kita mula di Cameron Highlands dengan Muafakat Nasional dan kini dengan Chini kita menang cemerlang dan saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri kerana beri sokongan kepada calon kita dan ini bererti Muafakat Nasional telah membawa kejayaan yang luar biasa,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan BN menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa BN sudah tidak relevan.
Ahmad Zahid juga berkata kemenangan itu juga adalah simbol kepada pemerkasaan semula BN.
“Saya yakin enam PRK ini telah jelas memberikan satu bukti bahawa BN bukan hanya masih relevan tapi mempunyai masa depan yang cerah jika parti komponen dalam BN dan rakan dalam Perikatan Nasional untuk menjayakan PRU15 nanti,” katanya dalam sidang media sama.
BN hari ini mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menerusi kemenangan calonnya, Mohd Sharim Md Zain, 41 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 12,650 undi. – MalaysiaGazette
Thank God, PH is losing grip on the Malaysian politics. The people have realized that PH cannot be trusted. Politicians in PH are a bunch of liars and conspirators. PH is not interested in helping people. It is only interested in taking revenge on DSN and UMNO. PH cannot blame DSN, UMNO, PAS or even TSM for losing power. PH has defeated itself. Mahathir made the biggest mistake and miscalculation in his entire political career. His greed for power has sunken Mahathir and the rest of PH into the bottom of the ocean. They went down like the Titanic. God is great. Eventually He has shown who is great. Man has his own plan and God too has His plan. At the end, God’s plan prevails against all evil plans of man. That’s what happened to PH. Hope a bigger defeat awaits PH in the coming GE-15. May God bless MN and PN. May God save Malaysia and its beautiful people from evil leaders of PH, ameen!