Home Sukan Otim mati lemas di Tasik Keowee

Otim mati lemas di Tasik Keowee

Derrick Otim.-Ihsan DailyMail

SOUTH CAROLINA – Bekas pemain bola sepak Nottingham Forest, Derrick Otim mati akibat lemas di sebuah tasik di Amerika Syarikat (AS).

Mendiang yang baru berusia 24 tahun itu lemas di Tasik Keowee, menurut laporan DailyMail.

Ahli pasukan dan rakan-rakannya mengucapkan takziah dan menggambarkan Otim sebagai seorang yang sentiasa membawa senyuman kepada orang lain.

Kematiannya juga ditangisi oleh para peminatnya.

Salah seorang bekas rakan sepasukannya, Matty Cash dalam Twitter berkata; “RIP, Saya tak percaya saya menulis ucapan takziah ini.’ – MalaysiaGazette