Hampir sebulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, orang ramai semakin kelihatan tenang melakukan aktiviti seharian dengan norma baharu.
Walaupun telah beralih dari fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih lagi mengarahkan untuk orang ramai terutamanya pengunjung premis perniagaan untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Tinggalkan nama dan nombor telefon bagi memudahkan urusan mengesan kontak jika terdapat kes Covid-19 baru” tambahnya yang lebih dikenali sebagai Ayah Long Mail dalam kalangan netizen baru-baru ini.