Home Nasional Shabudin Yahaya dilantik Timbalan Menteri

Shabudin Yahaya dilantik Timbalan Menteri

Shabudin Yahaya

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), kata Pejabat Perdana Menteri.

Beliau menggantikan Datuk Eddin Syazlee Shith yang mengambil alih portfolio Timbalan Menteri Kerja Raya susulan peletakan jawatan Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

Pelantikan Shabudin dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh beliau di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. – MalaysiaGazette