Home Politik Bukti Tun M tak lagi diperlukan PH

Bukti Tun M tak lagi diperlukan PH

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 03 NOVEMBER 2018.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya Tun Dr Mahathir Mohamad merancang hala tujunya dalam arena politik tanpa Pakatan Harapan (PH) apabila kini sudah jelas gabungan berkenaan tidak lagi memerlukannya.

Jelas penganalisis politik, kenyataan terbaharu PH yang tetap dengan keputusan sebelum ini untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) menunjukkan mereka juga sepakat menolak peranan Mahathir.

Apatah lagi menurut Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed, kenyataan yang dikeluarkan PH hari ini adalah keputusan rasmi jika dibandingkan dengan apa yang dikatakan oleh Mahathir yang mengumumkan cadangan memilih Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal sebagai calon PM dan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan PM untuk digandingkan dengan Anwar dibuat menerusi perbincangan tidak rasmi.

Martadha turut menyimpulkan kenyataan terkini PH membuktikan gabungan itu bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tanpa Mahathir.

“Ini merupakan satu titik tolak di mana Tun M perlu memikirkan hala tuju beliau kerana PH sudah seakan-akan menolak peranan beliau.

“Beliau perlu melihat semula di manakah platform terbaik untuk beliau berjuang semula apakah bersama-bersama semula dengan Bersatu kerana jelas kenyataan rasmi PH menunjukkan bahawa secara tidak langsung PH tidak lagi mahukan peranan Tun M dalam meneroka hala tuju PH terutama menghadapi PRU-15,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terbaharu, PH menerusi kenyataan bersama Presiden PKR, Anwar  Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan komited dengan pendirian asal mereka sebelum ini berhubung calon PM dengan menamakan Anwar.

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Presiden PH.

Mengulas lanjut, Martadha yang merupakan Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, secara automatik cadangan mengangkat Mohd. Shafei  tidak lagi terpakai.

Tambah beliau, sudah tentu perkembangan terbaharu itu satu tamparan buat Mahathir, justeru bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersaru Malaysia (Bersatu) itu seharusnya sedar akan kedudukannya dalam gabungan itu.

“Sebelum ini mungkin kita melihat kenyataan Anwar secara tidak langsung, sindir -menyindir Tun Mahathir tapi hari ini kenyataan rasmi bukan lagi daripada PKR sendiri, bahkan dari PH,” kata beliau lagi.-MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Hatok Der sudah tinggal gusi, gigi dah dicabut taring sudah di rentap. Semuga anakberanak dan saudaramaranya berserta cucucicit ambillah peluang yg masih ada untuk memelihara beliau menggunakan sedikit limpahan harta berguni-guni yg telah dikaut semasa sihatnya. Lihat keadaan bukan lama pun…
    Kenyataan muktakhir kini menunjukkan tiada seorangpun kawan rapatnya e.g Pak Pandir, pemilik kapal terbang, pemilik Judi, pemilik arak, pemilik tol dan saudaramaranya dalam PANDAP serta PeWarisan jauh lagilah PK at….
    Hanyut dah tua terkutuk tu… Tukang cangkul tanah pun jika berhadapan dengannya tidak dapat membezakan bau tanah sebenar dengan bau Hatok Der.

  2. Bye bye atuk95.

    SPRM sila siasat Kadir Yassin MRCB; FOREX; BBMB; Rafidah AP n Pink Form; anak2 atuk95 yang jadi billionaires dalam sekelip mata

  3. dah patut pun. sepatutnya dah lama dah ph tendang mahadir. tapi kerana halusnya pakatan harapan dengan budi bicara dan muafakat. baru sekarang mahadir dilupakan.

  4. PRU 14 Anwar kna kencing je ngan madey.. skg tanpa madey sapalah Anwar.. takde bakal dh memang takde peluang langsung nk jd PM.. kahkah

  5. Dr maszlee jomlah masuk UMNO darioada taat pads Tun Madey yang jelas dewa kleptokrat penyamun penabur fitnah dan maha firaun tu.
    Sejelik jelik UMNO banyak jasanya bantu rakyat berbilang. BERSATU ZBERSAMA PH rompak khazanah Melayu.

Comments are closed.