KUALA LUMPUR – Metamorphosis Skills Sdn. Bhd. menjelaskan pihaknya tidak pernah melantik individu lain yang yang melibatkan pengedar produk Metamorphosis Medical
Products Sdn. Bhd.
Syarikat itu dalam satu kenyataan menegaskan individu yang
bernama Erin Hishamuddin bukanlah pengedar yang dilantik secara rasmi.
Sehubungan itu, segala urusan jual beli melibatkan inidividu tersebut tidak berada di bawah tanggungjawab syarikat itu.
“Sebarang penggunaan nama Metamorphosis Skills dalam urusan jual beli produk-produk sarung tangan getah dan nitrile keluaran Metamorphosis haruslah melalui kami secara langsung buat masa kini.
“Sekali lagi pihak kami ingin menegaskan, tiada sebarang lantikan
pengedar secara sah dan rasmi dari pihak kami, dan kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” Ketua Komunikasi Korporatnya, Kamal Kasim dalam kenyataan itu.
Sejak bulan, Metamorphosis Skills muncul sebagai syarikat milik Bumiputera pertama yang terlibat dalam perniagaan pembuatan sarung tangan getah asli dan kondom dengan pengambilalihan kilang milik SSN Medical Products Sdn. Bhd. di Balakong, Selangor.
Kilang itu akan dijenamakan semula menjadi Metamorphosis Medical Products (MMP) dengan jenama rangkaian produk dikenali sebagai Meta.
Metamorphosis Skills akan menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan syarikat induk SSN Medical, Ketua Menteri Melaka (Incorperation) pada minggu ini walaupun sudah mengambilalih secara tidak rasmi sejak bulan lalu. – MalaysiaGazette