Home MGNews TERKINI : APMM terima dua kapal peronda, lebih cekap banteras pencerobohan...

TERKINI : APMM terima dua kapal peronda, lebih cekap banteras pencerobohan bot asing

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menerima dua kapal peronda generasi baharu (NGPC) iaitu Kapal Maritim Kota Kinabalu (KM Kota Kinabalu) dan Kapal Maritim Tok Bali (KM Tok Bali).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, aset baharu diyakini mampu memperkasakan lagi penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam membanteras kesalahan-kesalahan di dalam Zon Maritim Malaysia (ZMM), terutama isu pencerobohan bot nelayan asing.