KUALA LUMPUR – Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meletakkan jawatannya serta merta.
Alasannya tidak mahu bernaung di bawah ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’.
“Keseluruhan bangsa Melayu dan umat islam di negara kita harus tolak Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi khalifah utama kita!
“Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi oleh Anwar Ibrahim!! Dia manusia ‘fasik’ dan ‘hipokrit!” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Beliau berpegang pada prinsip politik dan agama yang sama sekali tidak akan bernaung di bawah kepimpinan PH yang kini dipengerusikan oleh Anwar.
“Kini, saya ingin lihat berapa jauh PH boleh pergi di bawah kepimpinan Anwar. Pada hakikatnya, beliau tidak lagi relevan dalam lanskap politik tanahair!! Tambahan pula dia ‘manusia sewel serta berpenyakit!” katanya.
Apa pun, katanya, secara jujur dan ikhlas, akhirnya rakyat secara total akan mengetahui secara lebih jelas siapa itu Anwar yang sebenarnya.
“Dalam masa yang sama, saya ingin menyeru pada semua pemimpin-pemimpin PH yang luhur dan berprinsip untuk tinggalkan PH secara beramai-ramai serta jangan sama sekali kita sokong pemimpin ‘fasik’ serta ‘hipokrit’ macam Anwar.
“Dia hanya ‘syok sendiri’ dan tidak akan dapat memimpin PH ke tahap yang memberangsangkan! Parti PKR itu sendiri kini bermasalah dan berpecah di bawah kepimpinan Anwar.
“Parti sendiri pun anwar ibrahim tidak mampu untuk memimpin apatah lagi nak pimpin gagasan PH yang lebih besar,” katanya.
Menurut Khairuddin, PH akan hancur di bawah kepimpinan Anwar dan jangan bermimpi PH akan mampu untuk memenangi pilihanraya umum lagi bagi membentuk kerajaan pusat sepertimana PRU-14.
“Ianya hanya akan menjadi bahan sejarah semata-mata dan PH akan terkubur buat selama-lamanya dalam sedikit masa lagi.
“PH bukan lagi platform yang sesuai untuk kita berjuang bagi selamatkan negara kerana pengerusi masakini pun seorang pemimpin yang tidak selamat untuk kita semua.
“Hanya ‘orang gila’ saja yang sanggup bernaung serta berjuang di bawah kepimpinannya!” katanya.
Bagaimanapun penyokong tegar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad itu merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada presiden dan kepimpinan tertinggi parti Amanah yang telah meletakkan kepercayaan kepadanya bertanding di kerusi Parlimen Jasin pada PRU-14 yang lalu.
“Insya Allah, dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan presiden parti Amanah untuk menzahirkan keputusan bagi menyerahkan balik kerusi Parlimen Jasin seterusnya meletakkan jawatan selaku penyelaras parlimen jasin berkuat-kuasa serta merta,” katanya lagi.- MalaysiaGazette
Berketuaksn tun madey yang sewel dan penipu tu pun kita tak boleh nam terima. Sebab dia tamak dan gila kuasa dan kleptokrat yang paling teruk. Serta mulut nya berbau bangkai kerana menabur fitnah. Biar LIN kit Siang aje yang jadi PM.
Trend politik negara kita Malaysia telah ujud dengan sejelasjelasnya. Perubahan ini ujud selepas PRU 14. Terbentuknya PH telah menunjukkan sebelangbelangnya apadia PH sebenarnya. Tercetusnya pula MN seterusnya PN gabungan 3 parti Melayu utama inilah menjadi kayu pengukur kepada orang2 Melayu supaya mesti bersatu. Kalau masih lagi tidak berpegang kepada 3 asas ini iaitu UGAMA BANGSA DAN NEGARA habislah kita punah ranah akan hancur berkecai akhirnya akan hilang Melayu didunia yang fana ini. Ini kena ingat wahai orang2 kita semua seperti kata Pelanduk Lupa Jerat.tetapi Jeratlah Yang Tak Lupa .Pelanduk selamalamanya. Kita kena ingatl akan peringatan ini bagi emua.untuk anak cucu cicit kita yang akan datang sehingga KIAMAT……..!
Si cakap pandai pengampu atuk tua… Terlalu hebat khairudin ni pengampu…..sudahlah2 pecah belahkan orang melayu…
Pemimpin Bersatu pun lari dr TM….
Bersatu pada hakikatnya hanya menumpang populariti PH pada PRU14 dan silapnya PH kerana membenarkannya.
Dan kini Bersatu menumpang PN dan kesilapan yang sama akan berulang?
Hatok Der kata Anwar Ibrahim ramai musuh dan dibenci para pemimpin dan beliau bagai menghabiskan “sepanjang usia” membantu Anwar Ibrahim menjadi PM.
1) Mukhriz disisi Mahathir
2) Lim Guan Eng disebelah Mahathir
3) Mat Sabu dikeliling Mahathir
4) Shafie Aphdal dibelakang Mahathir
5) Ketua Cabang Dan Sayap PKR ramai dijalan Mahathir
Anwar Anwar? Apa pada Mahathir?
… Punching bag?
….Tandas?
….Target point?
….Batu loncatan?
….Badut penghibur?
….Bahan?
Anwar tomyam seafood lah. Apa lagi
Anwar dan Medey sama2 sewel..yg Khairudin ni pun sama2 sewel haaaa