Home Ekonomi CIMB turun kadar asas

CIMB turun kadar asas

KUALA LUMPUR – CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic) akan menurunkan kadar asas (BR) dan kadar deposit tetap/akaun-i pendapatan pulangan tetap berkuatkuasa 13 Julai ini.

Pengurangan itu selaras dengan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 peratus daripada 2.00 peratus.

CIMB berkata, semua kemudahan pembiayaannya berasaskan kadar pinjaman asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) akan dikurangkan kepada 0.25 peratus. – MalaysiaGazette

+ posts