Home Politik Amanah Labuan bubar selepas seluruh jentera parti letak jawatan

Amanah Labuan bubar selepas seluruh jentera parti letak jawatan

Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia membuka pintu kepada mana-mana bekas pemimpin dan anggota UMNO sekiranya mereka berminat menyertai parti itu.
Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil langkah progresif bagi membuka semula pintu rundingan kepada parti-parti pembangkang yang lain bagi membina semula imej dan kekuatan menjelang tahun hadapan.- Gambar hiasan.

LABUAN – Seluruh jentera Parti Amanah Negara (Amanah) Bahagian Labuan hari ini mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta, menyatakan kerenah birokrasi dan layanan tidak adil oleh pemimpin parti pusat sebagai alasan utama mereka mengambil keputusan itu.

Peletakan jawatan secara mengejut itu turut melibatkan sayap Wanita dan Pemuda dan 33 pemimpin cawangan bersama-sama ahli jawatankuasa mereka, yang membawa kepada pembubaran Amanah Bahagian Labuan.

Amanah melebarkan sayapnya di Labuan pada 2018 dan mengadakan pemilihan pertama pada Februari 2019.

Chemat Mustapha, yang sebelum ini mengetuai bahagian itu berkata, peletakan jawatan itu disebabkan pemimpin parti pusat kurang memberi tumpuan pada Amanah Bahagian Labuan.

“Kami telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Amanah dalam mengendalikan isu-isu dalaman parti dan juga disebabkan perebutan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika ini berhubung jawatan perdana menteri …kami sudah tidak yakin dengan masa depan Amanah dan perjuangannya untuk membela rakyat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.- BERNAMA

1 Komen

Comments are closed.