Home Nasional Kakitangan Al Jazeera beri kerjasama kepada polis

Kakitangan Al Jazeera beri kerjasama kepada polis

Peguam kepada Al Jazeera, Hisyam Teh Poh Teik bercakap kepada media semasa hadir berhubung dokumentari yang bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Semua kakitangan Al Jazeera yang dipanggil ke Bukit Aman hari ini akan memberikan kerjasama penuh berhubung siasatan terhadap penyiaran dokumentari yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Peguam mereka, Hisyam Teh Pok Teik berkata, anak guamnya juga ada membuat laporan polis kerana bagi tujuan keselamatan kerana bimbang berlaku sebarang kemungkinan.

“Al Jazeera akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan polis. Pagi ini kita melihat sebilangan wartawan bersama peguam telah datang ke Bukit Aman untuk merakam kenyataan mereka.

“Semalam, Al -Jazeera telah membuat laporan polis itu bagi tujuan keselamatan di IPD Dang Wangi,” katanya kepada pemberita di hadapan pintu pagar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Dalam pada itu, Pok Teik berharap selepas siasatan polis tidak akan melakukan apa-apa tindakan setelah mendapat maklumat daripada anak guamnya.

Terdahulu, seramai enam kakitangan Al-Jazeera hadir di ibu pejabat polis berkenaan dipercayai untuk memberi keterangan berhubung dokumentari yang menunjukkan Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani Covid-19.

Kesemua mereka tiba bersama tujuh orang peguam pukul 8.50 pagi.

Turut kelihatan wartawan Al Jazeera, Drew Ambrose termasuk juruvideo, editor dan produser yang dikatakan terlibat dalam pembikinan laporan yang disiarkan pada Ahad lalu.

Mereka dibawa menaiki van oleh pihak polis selepas mendaftar masuk di pintu utama ibu pejabat polis itu.

Mereka akan disiasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kakitangan Al Jazeera di Bukit Aman untuk disoal siasat

1 Komen

  1. Pergilah al jahiliyah buat liputan black lives matter di amerika. Penyibuk awak dan cnn, reuters termasuk malaysiakini tak perlu disini.

Comments are closed.