Home Politik Tun M, 5 ahli Parlimen bersama Warisan umum jadi blok bebas

Tun M, 5 ahli Parlimen bersama Warisan umum jadi blok bebas

Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang setia menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan mereka akan kekal bersama Warisan sebagai blok bebas.

Malah, mereka juga tidak bergabung dengan mana-mana gabungan termasuk Pakatan Harapan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”Kami juga membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kami tidak bergabung dengan mana-mana gabungan,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan tersebut adalah dari Mahathir (Langkawi), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh ( Sri Gading).

Mereka juga masih lagi berpegang kepada cadangan yang dibuat hasil perbincangan antara Mahathir dengan pemimpin Warisan, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP pada 25 Jun lalu iaitu dengan mencadangkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri manakala Anwar dan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Kedua.

”Saya dan rakan-rakan dari Bersatu telah bersetuju dan menyokong cadangan tersebut. Ini kerana mahu menyelesaikan kebuntuan memilih calon yang sesuai dan mampu mendapatkan sokongan untuk mendapatkan kembali mandat rakyat dari kerajaan sekarang.

”Mesyuarat 25 Jun 2020 itu telah meminta saya membuat pengumuman mengenai keputusan memilih Datuk Seri Shafie dan saya telah lakukan pada 27 Jun 2020,” ujarnya.

Setelah pengumuman dibuat, DAP dan Amanah bagaimanapun, apabila menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH pada 6 Julai lalu telah tidak berpegang kepada keputusan menamakan Datuk Seri Shafie dan sebaliknya menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Kata mereka, mencalonkan Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri adalah satu langkah positif yang perlu diambil, bukan sahaja kerana percaya dia akan berkeupayaan untuk mendapatkan sokongan majoriti tetapi juga satu langkah ke hadapan demi
mempertingkat hubungan Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataan itu juga, mereka turut menyatakan penentangan terhadap sebarang usaha untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat dan akan meneruskan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menubuhkan kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat.

”Kami masih utama perjuangan asal kami iaitu untuk menolak kembalinya kepada kerajaan kleptokrasi,” tambahnya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Ada yang di ambil nyawa nya di dalam perut ibu Ada yang masih berusia bayi Ada yang muda remaja Dan juga pertengahan usia Ada yang di biarkan sampai pikun untok me!beritahu Kita bahawa yang ilmu pengetahuan Kita terhad.

  2. Kah kah..mereput lah ko 3 badut..Medey, Nuar & Pie…rakyat meluat dah tgk drama korang ni…

  3. Hatok Der harap bawa penasihat untuk berada dalam Parlimen dan kenalpasti kerusi mana nak duduk jangan terlalu bebas sampai duduk kerusi speaker sudahlah.. tuhari bebas duduk kerusi pembangkang.. pastikan mengambil ubat ikut jadual yer Hatok Der..

  4. Happy birthday atuk95…
    Jangan lupa makan ubat (bertaubat); mana le tau lagi 5 tahun cukup 100.

  5. Mahathir perlu rehat atau direhatkan. Kenapa kejamnya anak-anak Mahathir ini, yang suruh ayahnya kerja dalam usia yang begitu tua. Kesian dia terpaksa fikir dunia, kuasa dan kekayaan saja. Hidup kita di dunia ini, lebih daripada itu semua. Mahathir perlu insaf dan minta maaf daripada orang yang dia pernah aniaya dan tuduh sembarangan demi untuk kelansungan dirinya dalam arena politik. Apakah harta kekayaan masih tak cukup. I guess, you guys have enough money to last you for a few generations to come. To the children of Mahathir, please give the old man a break. Let him prepare to meet the Creator. Mahathir has to understand that when he goes, no one is going to follow him. Only his good deeds will follow him. If he is wise enough, he will retire from politics and give a chance for young people to run the country. He should realize that he has long over-stayed his period of welcome in politics (22 years, plus 22 months). Negara tak boleh maju ke hadapan kerana Mahathir dan Anwar. Nurul Izzah dan Wan Azizah juga perlu nasihat Anwar untuk berehat juga. Mahathir dan Anwar adalah personaliti yang “ego-centric” fikir kepentingan diri sahaja. Masalah negara dan rakyat mereka tidak pedulikan dan sensitif. Seorang pemimpin harus berjiwa rakyat dan bukan hanya pentingkan diri, keluarga dan kroni. Kedua mereka ini perlu mengambil iktibar daripada DSN dan TSM. Perdana Mentri sekarang TSM dan Datuk Sri Najib adalah dua insan yang mulia, yang amat perhatin terhadap penderitaan rakyat. Kesabaran kedua mereka ini adalah begitu luarbiasa sekali. Semasa negara dilanda oleh Covid-19, kita dapat lihat siapa dia pemimpin yang dapat bersama rakyat dan memikirkan tentang nyawa dan kelangsungan hidup mereka, bandingkan dengan mereka yang pentingkan kuasa dan publisiti murahan. Rakyat sekarang matang. Bukan seperti dahaulu. Semoga Tuhan memberi hidayah kepada pemimpin-pemimpin yang menjual maruah diri, bangsa dan agama kepada musuh-musuh Islam. Semoga Tuhan menyelamat Malaysia dan rakyat pelbagai kaum daripada pemimpin-pemimpin gila kuasa, kekayaan dan publisiti. May the good heaven smile on Malaysians, ameen!

Comments are closed.