ISTANBUL – Mahkamah Turki telah membatalkan status muzium Hagia Sophia sebagai lokasi budaya bagi membolehkannya dipinda menjadi masjid.
Ini adalah langkah kontroversial kerana Hagia Sophia yang berusia 1,500 tahun didirikan sebagai sebuah katedral (gereja besar).
Kemudian pemerintahan Uthmaniyyah menjadikannya masjid.
Namun, pada tahun 1934 ia dijadikan sebuah muzium.
Hagia Sophia adalah tapak Warisan Dunia Unesco.
Unesco sebelum ini menggesa Turki untuk tidak mengubah statusnya tanpa perbincangan.
Perubahan status itu adalah janji Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika pilihan raya lalu.
Umat Islam di Turki telah lama menuntut agar Hagia Sophia ditukarkan semula kepada masjid tetapi pembangkang telah menentang usaha tersebut.
Usul tersebut telah menimbulkan kritikan daripada para pemimpin agama dan politik di seluruh dunia.
Ketua Gereja Ortodoks Timur telah mengecam cadangan itu, begitu juga dengan Yunani – tempat tinggal berjuta-juta pengikut Ortodoks. – MalaysiaGazette
Tak perlu buat renovasi, facade facelift, restoration atau refurbishment apa2 pun, cuma buang tanda2 salib yang ada! Senang je!
Nanti, hanya mereka2 yang berpakain sopan sahaja akan dibenarkan masuk!