TERKINI : 13 Kes Baharu Covid19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan terdapat 13 kes baharu positif Covid-19, yang mana lapan daripadanya merupakan kes import manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Enam daripada lapan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara adalah warganegara Malaysia manakala dua lagi permastautin tetap.