Seramai 115 warga asing masih menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 ulangan sebelum dihantar pulang ke negara asal.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ujian saringan ulangan berkenaan merupakan syarat wajib yang perlu dipenuhi sebelum mereka dihantar pulang.