Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat melawat mural gergasi di Taman Cahaya Alam, di sini.
Mural gergasi yang diabadikan di dinding sebuah bangunan kedai di sini turut menarik minat Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah yang sama berangkat tiba.
Turut mengiring baginda dalam lawatan tersebut Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Muhammad lskandar Ri’ayatuddin Shah.
Baginda meluangkan hampir 30 minit beramah mesra dan berinteraksi bersama tiga pelukis muda yang pada mulanya telah menghasilkan potret YDPA, sebelum lima lagi pemimpin utama negara. Antara tiga pelukis mural terbabit ialah Muhammad Suhaimi Ali, Muhamad Firdaus Nordin dan Abdul Hadi Ramli.