Home Dunia Ubah status Hagia Sophia hak Turki – Erdogan

Ubah status Hagia Sophia hak Turki – Erdogan

Recep Tayyip Erdogan . foto Agensi

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menolak kecaman antarabangsa berhubung keputusan untuk menukar status Hagia Sophia daripada sebuah muzium menjadi sebuah masjid menyifatkan ia adalah hak kedaulatan negara ini.

Erdoan telah berulang kali meminta agar mercu tanda itu dijadikan masjid.

“Mereka yang tidak mengambil langkah menentang Islamofobia di negara mereka sendiri … menyerang kehendak Turki untuk menggunakan hak kedaulatan kami,” kata Erdogan.

Hagia Sophia dibangunkan 1,500 tahun yang lalu sebagai katedral Kristian Ortodoks dan ditukarkan menjadi masjid Konstantinopel ditakluki Empayar Uthmaniyah pada 1453.

Pemerintah sekular Turki kemudian memutuskan untuk menjadikannya sebuah muzium pada tahun 1934.

Erdogan pada hari Jumaat lalu secara rasmi mengubah bangunan itu kembali menjadi masjid dan menyatakannya ia dibuka untuk ibadah orang Muslim, beberapa jam setelah mahkamah tinggi membatalkan keputusan tahun 1934 yang menjadikannya sebuah muzium.

Presiden Turki itu turut memaklumkan solat bagi umat Islam juga bermula di Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 24 Julai.

Erdogan meneruskan rancangan itu walaupun ada rayuan daripada sekutu NATO – Amerika Syarikat dan Rusia, yang mana Ankara menjalinkan hubungan erat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Greece juga mengutuk langkah provokasi itu, begitu juga Perancis.

Erdogan memberi jaminan Hagia Sophia akan terbuka untuk semua pengunjung, termasuk orang bukan Islam.

“Pintu Hagia Sophia akan tetap terbuka untuk pengunjung dari seluruh dunia.

“Orang-orang dari semua agama dialu-alukan dan digalakkan untuk mengunjunginya – sama seperti mereka dapat mengunjungi masjid-masjid lain, termasuk Masjid Biru,” kata pembantunya Fahrettin Altun. – MalaysiaGazette