LONDON – Pemain tengah Manchester United Paul Pogba bertekad dan berjanji untuk membantu penyerang muda Mason Greenwood untuk mencapai tahap permainan yang terbaik.
Pemain antarabangsa Perancis ini mendedahkan ia akan membantu Greenwood untuk mengeluarkan segala potensi yang ada.
“Ketika ini prestasi Mason (Greenwood) sangat baik. Saya gembira melihat bagaimana dia bermain di barisan depan dan saya menikmati bermain dengannya dalam sesi latihan dan juga perlawanan sebenar.
“Saya akan terus memotivasi memberikan tunjuk ajar agar dia mencapai puncak permainan kerana dia masih banyak yang harus ditunjukkan,” kata Pogba seperti yang dilaporkan oleh Sky Sports.
Pogba dan Greenwood masing-masing menyumbang satu gol dalam perlawanan bertemu Aston Villa kelmarin setelah Bruno Fernandes membuka jaringan Man United menerusi sepakan penalti pada minit ke 27.
Pogba pula menjaringkan gol pertamanya musim ini di English Premier League (EPL) dan Greenwood mencatatkan gol yang kesembilan di liga perdana inggeris musim ini.
Greenwood kini sekali lagi memecahkan rekod peribadi apabila menjadikand ia pemain muda kedua United selepas Wayne Rooney melakukannya yang dapat menjaringkan gol dalam tiga perlawanan EPL berturut-turut.
Bezanya ketika rekod itu dipecahkan Wayne Rooney berusia 19 tahun manakala Mason Greenwood berusia 18 tahun. – MalaysiaGazette