Home Akhbar Cina Mohamad Ariff tidak akan pengerusi bahas pertukaran Speaker

Mohamad Ariff tidak akan pengerusi bahas pertukaran Speaker

Isu ponteng sesi Dewan Rakyat akhirnya mendapat perhatian Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof apabila membuat ketetapan agar menteri atau timbalan menteri menghadiri sesi soal jawab selepas ini.
Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof

IPOH – Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof telah memutuskan untuk tidak mempengerusikan perbincangan apabila usul pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dibahaskan.

Perbahasan tersebut justeru akan dipengerusikan oleh Timbalan Speaker yang tidak terjejas oleh usul itu iaitu Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

Seorang lagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, Mohamad Ariff membuat keputusan itu bagi mengelakkan pertindihan kepentingan.

Menurut Kor Ming, beliau dan Mohamad Ariff telah bersiap sedia menghadapi usul pertukaran itu yang akan dicadangkan parti pemerintah pada Isnin.

“Walaupun ditukar, kami akan berundur secara terhormat,” katanya seperti dipetik China Press selepas menghadiri satu program amal di Teluk Intan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Tq Kor Ming, keluarlah dengan cara “terhormat” yakni meletak jawatan TETAPI keluar setelah kalah undian itu bukan cara terhormat tetapi makna sebenar keluar “diterajang”. Duduk Malaysia punyalah lama tapi tidak tahu “makna Bahasa” pengisian maksud.

Comments are closed.