Home Nasional 3 penuntut Malaysia ditahan polis Manchester dibebaskan

3 penuntut Malaysia ditahan polis Manchester dibebaskan

KUALA LUMPUR – Tiga pelajar Malaysia yang ditahan oleh polis Greater Manchester pada 29 Mei lalu, pukul 5.40 petang (waktu tempatan) telah dibebaskan.

Pelajar-pelajar tersebut dibawa ke Balai Polis Longsight di Manchester dipercayai untuk disoal siasat.

Kementerian Luar Negeri berkata, mereka telah dibebaskan pada jam 9
malam (waktu tempatan).

Kementerian itu meminta, warga Malaysia yang menetap di sekitar kawasan yang terjejas
dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan.

Mereka yang menetap di sekitar kawasan itu juga dinasihatkan untuk melaporkan
diri dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, di alamat 52 Bedford Row, London WC1R 4LR. Atau hubungi di talian + 44 (0) 207 242 4308 dan email: [email protected] – MalaysiaGazette