Home Nasional Polis siasat bapa rogol dan lacurkan anak berusia 13 tahun

Polis siasat bapa rogol dan lacurkan anak berusia 13 tahun

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kes seorang bapa yang didakwa telah memaksa anak kandungnya berusia 13 tahun melayan kehendak seks lebih 20 pelanggan di rumahnya bermula pertengahan 2019 sehingga Februari tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan itu dijalankan oleh pihaknya berdasarkan laporan seorang pengadu yang mendakwa anak saudarnya dirogol dan dilacurkan oleh saspek ketika mangsa berusia 10 tahun.

Katanya, ibu mangsa yg mengetahui kejadian ini telah memarahi saspek dan saspek tidak mengulangi lagi perbuatannya.

Walaubagaimanapun, bermula pertengahan 2019 hingga Februari 2020, mangsa telah dipaksa oleh saspek untuk melayan seks lebih 20 orang pelanggan yang dibawa oleh saspek.

Menurut laporan itu, katanya, kesemua kejadian berlaku di rumah mangsa sendiri di mana saspek membawa pelanggan ke sana dan memaksa mangsa melayani kehendak seks pelanggan tersebut.

Mangsa tidak memperolehi apa-apa bayaran bagi layanan seks yang dilakukannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Hafiza di talian 0183903410 @ 03-89114222. – MalaysiaGazette