KUALA LUMPUR – Selepas usul untuk menggugurkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof diluluskan, Dewan Rakyat dikejutkan lagi dengan perletakan jawatan Nga Kor Ming sebagai Timbalan Yang Dipertua.
Keputusan itu dibuat Kor Ming serta merta.
“Saya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat maka dengan ini saya mengumumkan saya meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan serta-merta,” katanya dalam satu sidang di bilik media di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini Mohamad Ariff digugurkan daripada jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas 111 Ahli Parlimen menyokong usul yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Blok pembangkang rata-rata menolak usul itu dengan 109 daripada mereka menolaknya.
Perkara itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Rashid Hasnon selepas undi belah bahagi dibuat. – MalaysiaGazette
Rakyat memang tak mau ko kor meng.
Mamat ni ke dahulu fitnah Najib kemudian minta maaf?
Kalau betul, dari segi moral memang tak layak pun jadi timbalan speaker!
KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming akhirnya selesai secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Kes itu selesai selepas Kor Ming menarik balik status bergambar yang didakwa memfitnah Najib dan Rosmah.
Kah..kah..kah.. AMAT MEMALUKAN!
Buang masa je..kalau dari semalam letak jawatan kan senang..drama lebih