PUTRAJAYA – Seorang penolong pengurus editorial akhbar bahasa Inggeris direman enam hari bagi membantu siasatan bagi dakwaan meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM70,000.
Reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman sehingga 5 Jun ini bagi siasatan mengikut Sekyesn 16(a) (B) Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah.
Suspek berusia 54 tahun itu ditahan SPRM selepas didakwa meminta dan menerima suapan daripada seorang kenamaan kononya untuk menutup kes yang disiasat oleh agensi iti.
Suspek telah ditahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama wang tunai kira-kira RM20,000 lebih kurang jam 9.30 malam tadi.
Difahamkan, suspek yang bekerja di sebuah agensi media akan memberitahu pengadu bahawa dia mempunyai kenalan di SPRM dan mampu menyelesaikan kes melibatkannya yang disiasat oleh SPRM. – MalaysiaGazette