Surat Terbuka Kepada
Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Mantan Perdana Menteri Ke 4 & 7.
Assalamualaikum Ayahanda Tun,
Saya mendoakan agar Tun sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah agar dapat melaksanakan kewajiban kita sebagai umat Islam.
Saya sebagai anak muda sentiasa mengikuti sidang Dewan Rakyat agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa pentas politik negara.
Pagi ini, Tun telah diasak oleh ahli Parlimen kerajaan. Jelas kelihatan wajah kecewa dan kepenatan Tun mengharungi soalan dan asakan oleh ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
Nasihat saya sebagai anak muda, sudah tiba masanya untuk Tun benar-benar bersara dari pentas politik negara. Apa lagi yang Tun mahukan?
Kerajaan Malaysia kini berada di tangan kepimpinan baik dan siaps edia bekerja untuk rakyat dan negara. Lihat sahaja cabaran pertama mereka apabila dilantik memenuhi jawatan Kabinet, negara dinobatkan sebagai diantara tiga negara terbaik yang menangani Covid-19 dengan cemerlang.
Malah pelan pasca pemulihan ekonomi jauh lebih baik dari negara membangun yang lain.
Politik tiada pengakhirannya. Peletakan jawatan Tun sebagai Perdana Menteri atas masalah perebutan jawatan dengan Datuk SeriĀ Anwar Ibrahim. Barisan Nasional (BN) mahupun Muafakat Nasional (MN) tidak langsung campur tangan atas permasalahan parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Anak muda hari ini mahupun kestabilan ekonomi negara yang baik agar masa depan kami terjamin. Anak muda hari ini mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Terjamin dengan isu kerja, pendidikan bagi anak-anak mereka, rumah dan pelindungan insurans.
Tempoh 22 bulan pentadbiran PH amat menakutkan kami anak muda.
Hutang negara terus meningkat, segala bantuan terus kepada rakyat dimansuhkan. Tiada lagi dendangan Manifesto PH yang serba indah.
Kami risau, kami takut dan kami terjemahkan rasa tidak puas hati kepada undi pilihan raya kecil.
BN dan MN telah mencipta kemenangan demi kemenangan kerana pengundi khususnya anak muda mula sedar dengan permainan sandiwara PH yang tidak mampu mentadbir negara dengan baik.
Kami tahu Tun dan PH mula sedar, rakyat telah menolak politik kebencian dan fitnah yang telah menjadi pencetus kejayaan Tun dan PH pada PRU-14. Kami tidak mungkin melakukan kesilapan buat kali kedua.
Percayalah Tun, sekiranya Pilihan Raya Umum 15 berlaku dalam masa terdekat, gelombang tsunami anak muda menolak PH akan bangkit dengan hebatnya. Kami akan bekerja keras untuk pastikan setiap anak muda keluar mengundi nanti.
Berehatlah Tun.
Kali ini Melayu akan bersatu demi kepentingan masa depan. Kami akan terus berusaha menggagalkan usaha Tun dan PH memecah belahkan bangsa Melayu hanya untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh Tun.- MalaysiaGazette
Shahrul Nasrun Kamarudin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Dari dulu sampai sekarang madey tak pernah nak pujuk dengan cara hormat dan beradab kepada kawan mau pun seterunya. Orang sebegini tidak layak mendapat layanan yang sopan apatah lagi setelah mengaup harta negara untuk konco2nya.
Tun dan Energizer battery tiada beza.. Nothing Last Longer from both of them.. hehe