KUALA LUMPUR – Sehingga kini tiada saksi yang benar-benar nampak Allahyarham Muhammad Adib Mohamed Kassim dipukul, kata Ketua Polis Negara.
Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan, kesemua keterangan yang diperoleh bersifat hearsay dan pendapat.
“Namun usaha masih lagi dijalankan bagi mengenalpasti pelaku-pelaku jenayah itu jika ada,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Allahyarham merupakan anggota bomba yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan sebuah kuil di Petaling Jaya beberapa tahun lalu.
Terdahulu, Abdul Hamid juga menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan polis tidak menghormati dan mengeluarkn kenyataan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.
“Tiada fakta terpesong, tidak benar dan menyimpang dalam sidang media yang dibuat. Segala fakta yang diberikan adalah hasil siasatan dan dapatan terkini.
“Ia bukan untuk menyanggah hasil keputusan inkues,” ujarnya merujuk kepada sidang medianya mengenai perkara yang sama pada pada 10 Julai lalu.
Abdul Hamid menjawab dakwaan barisan peguam keluarga Adib yang mendakwa polis tidak menghormati keputusan Mahkamah Koroner.
“Perlu diingat inkues bukanlah perbicaraan sebenar tetapi hanya untuk mengetahui apa yang berlaku melalui saksi-saksi,” kata Ketua Polis Negara.
Menurutnya, beberapa isu perlu disiasat dengan lebih lanjut ekoran daripada keputusan inkues yang mengatakan arwah dipukul dan diserang oleh dua orang atau lebih.
“Sekiranya benar berlaku serangan seperti dinyatakan berdasarkan pendapat saksi dan pendapat pakar, pasti wujud kesan-kesan serangan.
“Pasukan siasatan masih lagi memperhalusi perkara ini bagi mendapatkan suspek sebenar atau sebarang petunjuk yang akan memungkinkan tangkapan,” katanya.
Menurutnya, isu dying declaration juga perlu disiasat lanjut oleh pihaknya kerana ia dikemukakan semasa inkues tanpa dicabar kesahihannya.
“Polis perlu menjalankan siasatan lanjut ke atas perkara ini bagi memastikan bagaimana wujudnya isu dying declaration, kemampuan arwah Adib ketika memberikan respon ke atas 15 soalan dying declaration dan kesahihan kejadian daripada saksi-saksi,” katanya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
rajin …
Alamak, lain cita pulak sekarang. Harap-harap polis cari pembunuh secepat mungkin, kalau tak sia sia je demo rasis pas/umno tahun lepas mengapi api kan keadaan.